VENUE PERTANDINGAN

1. SK TAMAN DESA

-Perasmian Penutup

-Pertandingan Boria

-Melukis Poster Sekolah Menengah Rendah

2.SMK TAMAN DESA

– Sajak

-Dikir Barat

-Nasyid Sekolah Menengah

-Melukis Banner Sekolah Menengah Atas

3. SK TAMAN DESA 2

– Nasyid Sekolah Rendah

-Sajak Sekolah Rendah

-Melukis Poster Sekolah Rendah

SEMUA PENGURUS PASUKAN SEKOLAH DIMINTA MENYEDIAKAN LIRIK SEBANYAK 4 SALINAN SEMASA PENDAFTARAN.  SEBARANG URUSAN SELEPAS TEMPOH PENDAFTARAN TIDAK AKAN DILAYAN. TERIMA KASIH

About Admin

Penyelaras iCT

10 responses »

  1. mohd rodzi md saud says:

    MAAF TUAN, TAHNIAH ATAS PENGANJURAN KESEJADAH… Ini saya sampaikan luahan Jurulatih Pasukan Nasyid Sekolah saya tentang pertandingan yang dijalankan..

    Memepertikaikan keputusan hakim nasyid
    Hakim nasyid tidak tahu tentang lagu kerana lagu yg patut di sembahkan adalah lagu bercorak kontemporari bukan irama padang pasir.majoriti sekolah menggunakan lagu bercorak padang pasir dan ada antara pemenang menggunakan dua lagu padang pasir sekali gus. Rujuk syarat pertandingan 6.2 menyatakan irama lagu kontemporari. Tidak adil kerana hakim buta lagu.

    Hakim tidak tahu apa yang diadili dalam membuat penilaian persembahan dan sentiasa menyatakan mereka hanya merujuk kepada penganjur. Hakim mengira masa melalui masa masuk-introduction bukan dari mula menyanyi.

    Hakim tidak dapat membezakan antara lagu dan lirik.melalui pertikaian dengan hakimdi akhir pertandingan hakim menuduh sekolah menciplak lagu.sedangkan lagu-rujuk 6.7.4 lirik adalah ciptaan sendiri. Bukan lagu ciptaan sendiri. Penolakan markah kepada rentak irama nasyid lagu biasa yang di dengar adalah tidak wajar. Hakim perlu peka kepada syarat pertandingan.

    Penggunaan PA system yg tidak baik. Ada sekolah yg hanya mendapat 4 microfon sahaja walaupun sudah memaklumkan kepada penganjur tentang mic. Ketidakadilan berlaku apabila ada kumpulan yg mendapat 8 mikrofon—termasuk 2 pemenang teratas.-sila rujuk video yg di ambil ketika pertandingan. adakah ini satu kospirasi utk menaikkan sesebuah sekolah. Suara juga tidak dapat di dengari dgn jelas kerana system PA yg hampeh.
    Berdasarkan perkara 7.2pertandingan di adili oleh 5 orang hakim tetapi ketika pertandingan di jalankan hanya 3 orang yg duduk di meja hakim. Hakim mestilah yg tahu selok belok n asas nasyid. Tidak salah untuk menjemput org luar untuk mendapat keputusan yg lebih baik.

    Ketua hakim tidak berkaliber kerana di pilih dari guru baru yg tidak tahu apa2 tentang nasyid. Bila di Tanya dia hanya menjawab mengikut penganjur. Dia tidak dapat membezakan tentang lagu dan lirik..tidak mengetahui tentang pemotongan markah miming dan lain2 lagi.

    Berasa sedih kerana pertandinagn peringkat daerah mempunyai mutu pertandinagn tahap sekolah tadika tamil.

  2. Mohd Rino says:

    Salam. Saya memang bersetuju dan ingin berkongsi kesedihan seperti Cikgu Rodzi. Bukan kerana kami kalah, tetapi kerana meluat dengan pengurusan penganjuran.Masalah yang sama turut berlaku di SK Taman Desa 1 sebagai tuan rumah boria. PA sistem masih menjadi masalah. Wayar mikrofon berbelit-belit. Lebih menyedihkan, ada kumpulan yang terbelit wayar di kaki ketika sketsa.Mujurlah tiada sebarang masalah berlaku. Kenapa tidak menggunakan jenis wireless yg lebih praktikal.Laptop murah yang rasanya boleh dicampak dalam lombong bila-bila masa digunakan sebagai player. Kalau ya pun nak guna laptop sebagai player, jangan la guna yang dah sarat. Dah la sekolah saya giliran yang pertama, tunggu 2 jam dari 8.30 pagi…sound check pun tak dibenarkan buat.Akhirnya apabila cd dimainkan ketika persembahan, tempo jadi lambat sedangkan tempo asal rancak dan cepat. Murid tak dapat ikut kesesuaian tempo kerana dah biasa dengan tempo laju. Apabila saya ajukan kepada orang yang menjaga PA sistem tentang tempo lagu yang lambat berbanding asal, dia cuma membalas “ini memang yang original”. Siapa yang melatih murid saya sebenarnya, saya atau dia yang lebih tahu? Jangan pandai-pandai cakap kalau tak tahu hujung pangkal.kalau ikutkan hati, ingin saya protes untuk buat sekali lagi persembahan ketika itu. Sudahla begitu, selepas sahaja sketsa, isyarat telah saya berikan kepada orang yang menjaga PA sistem agar memainkan muzik (saya berada disebelah dia) namun mengambil beberapa waktu kerana laptop yang terlalu lembab mengalah SIPUT BABI berjalan.ini mengakibatkan faktor kerugian masa persembahan.Sedangkan dalam syarat ada menyatakan, faktor teknikal tidak diambil kira. Tentang kemenangan 3 sekolah itu, saya akui memang bagus. Tetapi, kenapa hakim terlepas pandang ada sekolah yang menang tapi menciplak lagu pemenang PPDa Kebangsaan 2008?Tengok saja youtube, pasti jumpa. Wahai tuan hakim yang bijaksana, lepas ni buatlah search dan homework sebelum jadi hakim ya! Tanyalah kepada penggiat boria tersohor Malaysia iaitu En.Omar di talian 0195161788, sketsa tidak semestinya berbahasa utara tetapi digalakkan…dalam syarat pun dah jelas tuan hakim…DIGALAKKAN BUKAN DIWAJIBKAN.so takda masalah la kalau murid berdialog bukan loghat utara.Hakim juga komen, suara tiada harmoni? Soalan saya 1 saja, ini pertandingan koir atau boria? Silap haribulan, suruh hakim nyanyi lagi hancur daripada murid.
    Adakah penganjuran karnival ini hanya melepaskan batuk ditangga semata-mata nak ada point lebih untuk bertanding ke peringkat kebangsaan nanti? Jika ya, maka objektif karnival ini hanya untuk satu pihak saja, sedangkan pihak lain bertungkus lumus memulas keringat.Agaknya, penganjur wayang opera cina lebih profesional dan telus lagi efisyen.Tepuk dada tanyalah iman.

  3. akaj says:

    mr rodzi tahniah…..aku teramat bengang—apakah maksud menciplak lagu—yg di sebut oleh ketua hakim??????sedangkan syarat adalah lirik–bukan lagu–ramai guru boleh buat lirik..tetapi tidak ramai yg boleh buat lagu….syarat ini sudah lama dan tidak pernah berubah

    kami tak kisah kalah itu adat..tapi kalau kaliber hakim boleh di persoal.. kami tidak puas hati..–dalam syarat pertandingan 5 hakim..hari ni ada 3…
    aku memerhati dari belakang hakim ketika peserta naik atas pentas..hakim mengira dari mula introduction..bukan dari mula menyanyi..

    hakim langsung tidak peka terhadap lagu kontemporari dan padang pasir..syarat jelas menyatakan lagu kontemporari..pemenang pula lagu bercorak padang pasir….APA KA JADAHNYA…dengan ini kami akan memulau APA2 program PPDA SELEPAS ini…

    • Saya baru sahaja meneliti borang dan ulasan penghakiman, memang saya akui berlaku istilah ciplak, pemenang tempat kedua bahagian sekolah rendah juga menjadi mangsa dengan istilah ciplak ini. Tetapi untuk apa kita mempertikai orang lain . Dalam mesyuarat pengurus pasukan telah diminta, sekiranya ada persoalan atau apa juga masalah yang boleh timbul, mohon kemukakan untuk perhatian penganjur. Insyaallah dalam mesyuarat post mortem akan saya utarakan soalan ini dan hasutan” akaj” dalam blog ini.

      Kami akan meneliti setiap post yang dihantar dan diperhalusi. Setiap pandangan yang membina akan kami ambil kira untuk memperbaiki apa juga kelemahan pada masa akan datang. Insyaallah.

  4. akaj says:

    saya akan memanjangkan perkara ini kepada PPD kerana program daerah tetapi kualiti pernghakiman amat teruk

  5. Salam.Pihak penganjur memang mengharapkan satu pertandingan yang berwibawa. kalau tidak , untuk apa diadakan perjumpaan semua hakim seminggu sebelum pertandingan , tetapi untuk mengawal emosi dan keputusan pengadil , penganjur tidak berupaya, semuanya bergantung kepada penilaian individu,kemahiran dan niat di hati.

    Pihak peganjur bukan mencari nama atau publisiti murahan untuk menganjur.Telahan dan tuduhan cikgu Rino diucapkan terima kasih. Inilah hadiah berharga yang kami terima selaku wayang” opera cina”(Kata cikgu). Tidak ada dalam hati kecil kami maupun dalam instrument penilaian peringkat kebangsaan , pengajuran Karnival membantu kami, tetapi dibuat atas kesedaran semangat untuk memerangi ancaman dadah yang diketahui sejagat.

    Untuk makluman, pemilihan hakim dibuat dan dicadangkan oleh Kakitangan Sumber Daerah dan sehingga hari terakhir, saya masih menunggu senarai hakim yang rasmi. Kami amat prihatin dalam soal pemilihan ini sehingga menimbulkan rasa kurang senang orang lain. Tetapi itulah yang kami alami. Orang lain tidak akan tahu.

    Saya mewakili pihak penganjur, memohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat perkara perkara yang tidak memuaskan hati tuan-tuan semua.
    Kelemahan kami akan dapat membantu memperbaiki kelemahan orang lain untuk masa akan datang, insyaallahh.

    Yang baik itu datang dari Allah, yang lemah datang dari diri kami. Wallahualam.

  6. Nur Khasanah says:

    Tahniah dan syabas tuan d i atas penganjuran KESEJADAH yang amat cemerlang. Tahniah buat SK Taman Desa khususnya En Mohd Ghazali selaku orang kuat KARNIVAL.

    Penganjuran ini adalah yang terbaik pernah saya ikuti sejak di zaman En Khamis di PPD dulu lagi. Saya tidak menilai dari satu sudut sahaja, tetapi segala kelemahan telah diperbaiki.

    Wujudnya kata kata kesat daripada cikgu rino untuk penganjur memang membuat saya terkilan kerana saya orang lama dalam KESEJADAH ini, Rino amat baru. Tidak sepatutnya dilontarkan kata kata nista seperti itu.

    Saya tahu, En Ghazali telah bertungkus lumus untuk mengkaji dan menyediakan yang terbaik, tetapi memang susah untuk memuaskan hati semua orang.

    Saya harap En Mohd Ghazali tidak kecewa dan ambil hati dengan tuduhan mereka. Kenapalah orang amat suka mencari kesalahan orang lain. Tidakkah nanti seperti kita meludah ke langit, akhirnya muka sendiri yang terkena.

    Sudah berapa tahun KESEJADAH menyepi? Siapa yang sanggup bekerja tetapi akhirnya dimaki dan diperbodohkan. Apakah kita mahu di Gombak sunyi dan sepi dek kerana tidak sanggup menerima tohmahan dan cacian walaupun niat di hati iklas untuk kemajuan>

    Jangan mudah menempelak kerja orang? Jadikan kelemahan sebagai satu pengajaran bukan untuk dipersalahkan. Saya berharap, Tuan Rumah SK Taman Desa tidak takut menganjur lagi. Kami guru guru akan membantu. Jangan tawar hati untuk membangunkan modal insan.

    Kami menyokong penuh usaha tuan.

  7. cikgu Far... says:

    salam…saya nk ulas skit komen cikgu rodzi..saya salah seorang kakitgan sumber yg bertugas di SMK Taman Desa..pada pandangan saya..semua lagu nasyid yg dipertandingkan adalah lagu kontem..lagu irama padg pasir konsepnyer seperti MTQ..berbeza…para hakim yg dilantik pula adalah hakim yg pernah mengadili pertandingan di peringkat kebangsaan…jgn kata hakim buta lagu…pemilihan hakim nasyid mmg sejak dulu kontrovesi dan keputusan nya pon kami da jangka akan kontroversi…sek saya sendiri pon pernah kalah dlm pertdgna ppda..kita kene redha dan keputusan hakim adalah muktamad..mungkin cikgu rodzi perlu melihat video klip mtq untuk membezakan nasyid padang pasir dan kontem..dan jumlah hakim adalah seramai 4 org dan bukan 3 org spt yg didakwa..dan kami sgt berhasrat menjemput para artis nasyid..namun atas kekuragn budget..terpksa mengunakan kepakaran guru yg sedia ada..apapon terima kasih atas komen untuk penambahbaikan akan datang

    • mohd rodzi md saud says:

      ini luahan jurulatih pasukan nasyid sekolah saya, bukan saya… dia berasa terkilan sebab sekolah menjadi tuan rumah mtq zon kuang.. nampak perbezaannya… kotemporari dan padang pasir.. saya menyuarakan apa ketidakpuasan hati je.. samalah kita perbaiki… bila ada komen.. program kita berjaya le sebab ada yang membuat pemantauan..

  8. cikgu Far... says:

    kepada saudari nurkhasanah…Karnival ni cuma diberhentikan pd tahun 2010 sahaja..saya terlibat dlm pengajuran karnival sejak 2005 lagi..setiap tahun ada karnival dan cume tahun lepas sahaja tiada kerana Jabatan kekurangan budget..jadi dari segi penganjuran sememangnya bertambah baik..namun apa yg terjadi kita ambil iktibar..tiada manusia yg sempurna dan kita ni buat apapon pasti ada kelemahannya..so apa yg penting ialah baiki kelemahan tersebut..wallahualam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s