PENGHANTARAN AKHIR LIRIK BOLEH DI LAKUKAN SEPERTI BERIKUT:

TARIKH TUTUP : ISNIN ( 11 APRIL 2011 )

MASA PENGHANTARAN AKHIR : SEBELUM JAM 3:00 PM

CARA MENGHANTAR :  HANTAR MELALUI RUANG “LEAVE A COMMENT” DALAM BLOG

SASARAN : SEMUA GURU PPDa SEKOLAH GOMBAK YANG MENYERTAI KARNIVAL PPDa  YANG BELUM MENGHANTAR LIRIK

PERHATIAN : BAGI MENGELAKKAN KECICIRAN LIRIK SEMASA PERTANDINGAN, SEMUA GURU PPDa SEKOLAH  DIWAJIBKAN

MEMBUAT 4  SALINAN LIRIK DAN PERLU DITUNJUKKAN KEPADA PEGAWAI PENDAFTARAN PERTANDINGAN

SEBELUM  PERTANDINGAN DIMULAKAN.

About Admin

Penyelaras iCT

13 responses »

  1. mohd rodzi md saud says:

    SAYA DAH EMAILKAN DEKAT EMAIL SK TAMAN DESA DAN BAIWORLD@YAHOO.COM

  2. NORAINI ABU NOH says:

    LAGU WAJIB:Lagu Tema PPDa

    Usah Biarkan Masa Berlalu Pergi
    Dalam Meniti Ranjau Berduri
    Wawasan Negara, Kekal
    Waja, Bina Bersama…..

    Harapan Semua….
    Anak-Anak Bangsa
    Kami Sihat…Kami Hebat
    Kami Kuat….Kami Tekad…..

    Tanpamu…Diri Bebas Merdeka
    Tanpamu…Hidup Riang Cemerlang
    Tanpamu…Nusa Bangsa Gemilang
    Tanpamu…Negara Pasti Terbilang
    Kita Bersatu, Kita Bersatu.
    Kita Berpadu, Kita Berpadu

    Katakan…..
    Laungkan….

    “Kami Bebas Dari Dadah”

    LAGU PILIHAN : DADAH DURJANA

    Intro:
    Sebiru langitmu
    Yang setenang…
    Apa yang dijiwaku…

    Seindah suria…
    Yang memancar….
    Begitulah dihatiku…

    Begitulah…
    Bila hamba
    Merindu penciptanya (ulang 2x)

    Dadah (11 x )
    Dadah Durjana….

    Jangan ( 11 x )
    Kau dekatinya….

    Dadah durjana,
    Bukan teman mulia,
    Heroin, morfin dan ganja,
    Jangan dicuba

    Perangilah dadah,
    Musuh negara,
    Kerana ia,
    Perosak bangsa

    Masyarakat Malaysia,
    Membanteras dadah……
    Hidup aman bahgia,
    Sentiasa…..

    Hidup aman harmoni,
    Dan gembira….
    Negara aman makmur (2x)
    Dan sejahtera….. (ulang rangkap satu semula)

  3. adli zaini says:

    salam…saya dah emailkan lirik sk kuang di email tuan…harap maklum…satu lagi kenapa nama sekolah sy tiada dlm sajak dan poster dalam senarai semak? harap tuan dapat semak semula…terima kasih

  4. Noor Aini Bt Hj Zakaria says:

    Assalamualaikum,
    tuan, disini terdapat perubahan lirik bagi smk Taman Desa 2.

    LAGU 1

    LAGU TEMA : BERSATU MEMBANTERAS DADAH

    1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH
    DADAH ITU MUSUH DURJANA
    DADAH PEROSAK JIWA RAGA
    DADAH MUSNAH KEHIDUPAN MANUSIA

    1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH
    MARI BERSATU KITA MENCEGAHNYA
    BENCI DADAH, HINDARILAH IA
    DADAH ITU MEMBAWA BENCANA

    CHORUS:
    AYUH…..TEMAN SEMUA
    BERSAMA KITA MEMBANTERAS DADAH
    SAYANGKAN DIRI, SAYANGKAN BANGSA
    SAYANG NEGARA MALAYSIA TERCINTA

    AYUH TEMAN KITA BERSATU
    HAPUSKAN DADAH, INSAFKAN DIRI
    JAUHILAH DADAH, HINDARILAH DADAH
    MOGA HIDUP SEJAHTERA SELAMANYA

    1 MALAYSIA MEMBANTERAS DADAH
    TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA
    GEMBELING TENAGA GERAKKAN MINDA
    LENYAPKAN DADAH DALAM KEHIDUPAN KITA

    TANPA DADAH HIDUP BERMAKNA
    TANPA DADAH HIDUP PASTI BERJAYA
    TANPA DADAH NEGARA TERUS MERDEKA
    AYUH BERSAMA KITA PERANGI DADAH (3 KALI)

    LAGU 2

    TAJUK : JAUHI DADAH BENCI SELAMANYA

    AYUH TEMAN HINDARI DADAH
    DADAH ITU MUSUH YANG UTAMA
    PERANGI DADAH BUAT SELAMANYA
    DADAH MENGHANCUR NEGARA TERCINTA ( 2X )

    DENGARLAH TEMAN SUATU PESANAN
    DADAH BINASA KEHIDUPAN INSAN
    DADAH BISA MUSNAHKAN KELUARGA
    DADAH ITU SYAITAN YANG DURJANA ( 2X )

    CHORUS :
    OLEH ITU MARILAH KITA BERSAMA ( BERSAMA )
    BERJUANG KITA PERANGI DADAH ( DADAH )
    HIDUP SEJAHTERA TANPA IA
    HIDUP BERMAKNA TANPA DADAH

    YA ALLAH, BERIKANLAH PETUNJUKMU ( YA ALLAH )
    BANTU KAMI HAPUSKANLAH DADAH
    IA MUSUH UTAMA NEGARA
    ROSAK BANGSA MALAYSIA TERCINTA

    BENCI DADAH ( 3X ) BUAT SELAMANYA

    BENCI DADAH BENCI SELAMANYA
    HAPUS IA JAUHI DARI DADAH
    CEGAHLAH DADAH JANGANLAH LEKA
    SELAMATKAN KEHIDUPAN INSANIAH ( 2X )

    BANTERAS DADAH , BANTERAS SELAMANYA
    BERSATU KITA PADU TENAGA
    BERDOA KITA PADA YANG ESA
    MOGA ALLAH MELINDUNGI KITA SEMUA

    sekian terima kasih.

  5. Herman says:

    Saya akan bawa lirik tersebut semasa hari pertandingan…..harap maklum. ( SK Rawang )

  6. Ashikin SAMER says:

    Bil Nama No Kad Pengenalan Acara
    1 Muhammad Amirul Ashraf b Izzudin 940331-14-6785 Banner
    2 Harisuddin b Zaherman 951225-14-6005 Banner
    3 Muhammad Nuriqmal b Sabarudin 940928-10-6842 Banner

    1 Muhammad Ashek b Mohammad Nazarulla 970717-14-5539 Deklamasi Sajak

    1 Nurdini Syafiqah bt Ilham Akbar 980117-10-6842 Melukis Poster

    Senarai Nama Peserta Sam Rawang

  7. Ashikin SAMER says:

    Sajak

    Satu Malaysia Membanteras Dadah

    Berdirinya kita di bumi ini
    Untuk melaksana satu amanat
    satu malaysia membanteras dadah
    bagaimana harus kita kotakan
    agar kita dapat melihat
    kegembiraan di setiap raut wajah

    ada… satu nama
    yang menjadi penggelap negara
    itulah si dadah durjana
    si kejam dalam kawanan dunia

    najis dadah bangsat
    kau penghapus bangsa
    kau musuh negara
    sumbangannya sengsara derita
    jalan kepada membawa padah

    menjadikan kutu-kutu jalanan
    terdampar dan terhuyung hayang
    bebal lupa diri
    kelu terbenam pada
    ukuran hati nurani

    hidup dalam semarak godaan syaitan
    tergapai-gapai tidak keruan
    tidak arif mengenal diri
    hilang ukuran batas

    hatinya tandus
    jiwa kosong
    jasadnya menggeletar
    akalnya kering
    taqwa menangis
    urat merintih
    fitrahnya dahaga
    imannya lapar
    umpama bangkai yang bernyawa
    angkara suntikan jahanam

    mari kita
    mari kita
    mari semua
    kita sepakat kotakan janji
    menjadi pencetus berpadu kental

    jangan habiskan usia muda
    jangan hancurkan hidup yang indah ini
    mari kita anti dadah
    mari kita benci dadah

    dadah kita tempur
    sekutu kita perangi dadah
    berbekal semangat bangsa bergelora
    tanpa dadah kita berjasa
    satu malaysia membanteras dadah
    hancur dadah jaya rakyat

    Muhammad Ashek b Mohammed Nazarulla
    Sekolah Agama Menengah Rawang

  8. che faisal haneef says:

    Askum… saya dah emailkan lirik lagu nasyid, sajak & nama peserta SK Taman Bukit Indah ke email tuan (baiworld65@yahoo.com.my) hari Jumaat 8 April 2011 yang lepas. Terima kasih….

    • Ok tq, tapi mohonlah bawa juga 4 salinan tanpa nama sekolah, takut tak termasuk dalam fail yang saya buat. maklumlah….seratus buah sekolah yang macam macam, Yang memeningkan bila dua tiga kali menukar lirik.

    • Ok terima kasih, cuma mohon bawa juga 4 salinan bertaip tanpa nama sekolah dan serahkan semula di meja urusetia takut yang saya print tak masuk dalam fail. maklumlah ada 100 sekolah yang kejap2 nak tukar lirik.

  9. che faisal haneef says:

    LIRIK SK TAMAN BUKIT INDAH

    KARNIVAL PPDA
    SK TAMAN BUKIT INDAH

    LIRIK LAGU : SATU MALAYSIA MEMBENTERAS DADAH

    Satu Malaysia,
    Negara di rahmat Allah
    Negaraku yang merdeka
    Oh syukur kupanjatkan
    kepadamu..

    Namun begitu,
    Kitakan lebih merdeka
    Jika tiada penagih dadah,
    Oh tuhan bilakah mereka kan sedar..

    Menyerang dalam senyap,
    Yang memusnahkan…
    Oh kemerdekaan yang telah lama dirasakan.
    Makin hancur generasi baru..

    Negara lebih aman
    Jika tiada pengedaran,
    Ketua kemusnahan,
    Kepala kehancuran,

    Negara lebih makmur,
    Jika hilang semua
    penyeludupan,
    Punca keretakkan perpaduan,

    Satu Malaysia
    bersama banteras dadah
    untuk kita dan semua
    generasi yang kan datang
    masa depan…

    KARNIVAL PPDA
    SK TAMAN BUKIT INDAH

    LIRIK LAGU : DADAH DURJANA

    Izinkan kami dendangkan lagu
    Sebagai ingatan untuk semua
    dengarkan nasyidku
    Dadah adalah benda durjana
    Janganlah kita pilih neraka
    Oh insaflah..

    Chorus
    Ingatlah hai teman semua
    Bahayanya si najis dadah
    Sekali kau cuba
    seumur kau hidup merana

    wahai dadah kau pemusnah
    musuh utama negara
    Negara kan porak peranda
    Bila tiada belia yang gagah.
    sayangnya..

    Tingkat diri dengan agama
    Dengarlah kata guru sekolah
    Serta ibu bapa
    Negara kita telah pun guna
    Pelbagai cara untuk membendung dadah

    Sayangnya…

    TAJUK SAJAK : INGIN KEMBALI

    Negara ini akan lebih merdeka..jika tiada penagih dadah,
    Negara ini akan lebih aman..jika lenyap dadah dari pengedaran,
    Negara akan lebih makmur..jika hilang penyeludupan dan,
    Negara ini pasti akan lebih maju..jika tiada estacy, kokain, shabu,morfin, heroin…..
    Lenyapnya penagih,hilangnya pengedaran,hapusnya penyeludupan.

    Dadah! Kau umpama racun yang mengalir,
    Dari titis ke titis darah ,
    Mungkin aku ,kamu dan mungkin juga dia? Siapa tahu?

    Semalam kulihat “dia” di lorong yang tenat,
    Bersama kawan dan sahabat sejati yang hebat,
    Hidup dalam dunia sendiri, imaginasi dusta bumi nyata,
    Ingin terasa aku bersama,
    Pasti hilang resahku,pasti tenang hidup aku,bahagia aku bersama mereka.

    Kini sedekad malam berlalu,
    Mampir langkahku,terhayun lenggokku,
    Tangan ku terasa kebas,mataku kekadang kabur,
    Kekadang kepala pusing , sakit!

    Tidurku kini di lorongan,bentangan kotak,
    Alas kepalaku tangan ,selimutku kekadang kertas kekadang angin,
    Lenaku kekadang tenat disapa ketagihnya..kau dadah!

    Malam semalam,aku kebingungan sendirian,
    Mengenang kehidupan yang telah lama aku tinggalkan,
    Senyuman yang sudah lama tidak ku ukirkan,
    Malam semalam juga aku terasa kehinaan,hidup bagai sampah! Tiada tujuan.

    Malam semalam juga,aku terasa inilah derita..derita dadah yang ku cari sendiri,
    Malam semalam juga, sejadah usang kuhamparkan,
    Ingin sahaja aku kembali,kembali kepada mereka yang pernah aku sayangi,
    Ibu, ayah dan keluarga.

    Sejadah usang itu ku hamparkan lagi pagi ini, hati ini luluh,
    Nawaituku ingin kembali,dambakan kasih dariNya yang sempurna,
    Tuhan Rabbul ‘Izzati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s